bertuahnya kalau dapat..hmm

Perasaan cinta yang mekar perlu sentiasa dipupuk kerana rasa cinta boleh hilang di telan masa. Jika anda tidak memupuk rasa cinta, hubungan anda dan pasangan anda akan mula kebosanan dan hilang arah dan akhirnya berpisah arah. Untuk memupuk rasa cinta, anda perlu tunjukkan rasa cinta pada pasangan anda.
Kebanyakkan lelaki jarang untuk meluahkan perasaan cintanya kepada wanita . Berbeza dengan wanita, wanita akan selalu luahkan bahawa dia sayang pada lelaki tersebut.Lelaki biasanya akan luahkan sekali–sekali tetapi mereka akan sentiasa luahkan melalui perbuatan. Berikut adalah tiga cara yang seorang lelaki biasa lakukan untuk tunjukkan rasa cinta pada wanita yang dia suka.

Dia Sanggup Luangkan Masa Dia Untuk Bersama Anda
Bagi lelaki masa adalah sangat penting. Apabila dia berusaha untuk meluangkan masa untuk bersama dengan anda, dia sesungguhnya sangat sayang pada anda.

Dia akan sentiasa ada untuk anda. Dia juga akan sanggup gunakan masa berharga dia untuk bersama dengan anda jika anda minta dia untuk berbuat demikian.


Dia Mencintai Anda Dengan Kekuatan


Apa sahaja yang anda mahu, dia akan cuba tunaikan. Jika lelaki memberi anda hadiah yang anda mahu, dia sebenarnya sangat sayang pada anda. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan anda sentiasa bahagia.

Mencintai dengan kekuatan juga bermaksud dia sentiasa memberi galakan dan sokongan tanpa berbelah bahagi pada diri anda.

Dia Mencintai Anda Dengan Mindanya

Apabila seorang lelaki benar–benar mencintai seseorang, dia akan sentiasa memikirkan wanita tersebut. Dengan kekuatan cinta yang dia ada, dia akan lebih berani melangkah ke hadapan. Oleh itu, anda akan dapat perubahan pada semangat dia jalani hidup seharian ketika bercinta dengan anda.

Anda selalulah perhatikan tiga ciri ini pada teman lelaki anda. Jika dia ada salah satu dari ciri di atas, itu bermakna dia sangat sayang pada diri anda.





3 comments:

  1. yelah dh x nk tlg nk wat cm mne...

    ReplyDelete
  2. Salam kenal.hai si comel.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

    ReplyDelete

leave ur comment kt snie ea..
apepun boleh..^_^