JODOH , Jangan lah mencari yg terlalu sempurna.



Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL :')

setiap pertemuan ada perpisahan..




Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba Mu
Mencari hidayah dari pada Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba Mu
Diatas perpisahan ini
Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhai
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan
Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba Mu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga… Tuhan berkatimu

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :))




Assalamualaikum semua para blogger.. ^____^

Harinie 29 ramadhan 1434H , hari terakhir kita berpuasa dan esok kita akan menyambut hari raya aidilfitri.

tapi raya tahun  nie x sebest mcm raya2 sebelum nie.. balik raya cuma 3 hari je pastu kena balik poli balik. :'(
then.. aku rase mcm ade yang kurang raya aku tahun nie tapi takpe lah kan. takde apa yang aku boleh buat lagi.. hanya doa yang akan menjadi pengiring.

okay.. di kesempatan nie aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN buat semua yang mengenali aku dan family aku. Maafkan salah silap aku.. maafkan segala kekhilafan aku, kita manusia tak lepas drpd buat salah.. minta ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki pada sesiapa yang aku sakitkan hati or terasa dgn aku. maafkan aku hanya seorang insan yang lemah.

aku mengharapkan kemaafan dari semua.. aku sedar diri aku byk buat salah. sedangkan nabi pun ampunkan umatnya nie kan kita manusia.

so.. selamat hari raya semua umat islam di dunia and di malaysia.. :))

ikhlas dari ku.. syarifah shazliana dan keluarga. 

wahai bakal imam ku.




"Buat bakal imamku, akan ku persiapkan diriku sebelum kau menikahiku, agar tibanya saat ijab kabul itu, aku takkan memberatimu memikul dosa-dosaku, dosa auratku, dosa lidahku...

Aku mengharapkan solehmu, meskipun aku bukanlah solehah, akan ku cuba menjadi isteri solehah, penyejuk mata, pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah...

Aku impikan tahajudku sebagai seorang makmum kepada seorang lelaki bernama suami. Yang ingin dibimbing itu aku." ♥

tabahkan hatiku Ya Allah.

Assalamualaikum semua.. :) sihat ke.? hope semua sihat di smping org tersayang..
hanya ade sedikit waktu terluang untk aku update blog nie. hmm selain dalam doaku.. aku akan share jugak kt sini. takde sape bace pun xpe.hehe
hmm.. hatiku sering di uji hanya Allah yg tau ape perasaan aku. ape yang aku rase bile ade bende terjadi. em aku harap benda nie semua x kekal lame.. aku x mampu Ya Allah. sumpah aku berpura2. aku x larat dah nk berlakon ok depan org. :'
(



♥ DUHAI HATI ♥


Assalamualaikum blogger semua..
lame dah x update bl0g nie.. al maklum laa bl0gger nie still study so bz sikit.
alhamdulillah.. baru harinie free and takde ape nk buat.update laa ape lagi.. :)
hmm.. hati korang mesti selalu sakit kan di sebabkan ape2 laa.. kesian hati nie terpakse tanggung semua even ade ape2 pun kite mesti simpan dalam hati.
kadang2 kite sendiri dah tak mampu nak bertahan dgn semua yg dah berlaku..

Kehidupan kita nie adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.

Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.



Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

tgk..betapa lemahnya se0rang hamba Allah swt yg sedang menduga kite dgn macam2 benda.kita mesti selalu terpikir.. Ya Allah knp benda nie semua terjadi kt kita.adakah kite cukup redha dgn semua nie.??

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

semua yg berlaku ade hikmah di sebaliknya..

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.