♥ DUHAI HATI ♥


Assalamualaikum blogger semua..
lame dah x update bl0g nie.. al maklum laa bl0gger nie still study so bz sikit.
alhamdulillah.. baru harinie free and takde ape nk buat.update laa ape lagi.. :)
hmm.. hati korang mesti selalu sakit kan di sebabkan ape2 laa.. kesian hati nie terpakse tanggung semua even ade ape2 pun kite mesti simpan dalam hati.
kadang2 kite sendiri dah tak mampu nak bertahan dgn semua yg dah berlaku..

Kehidupan kita nie adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.

Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.



Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

tgk..betapa lemahnya se0rang hamba Allah swt yg sedang menduga kite dgn macam2 benda.kita mesti selalu terpikir.. Ya Allah knp benda nie semua terjadi kt kita.adakah kite cukup redha dgn semua nie.??

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

semua yg berlaku ade hikmah di sebaliknya..

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.