padamu aku bersujud..



Ya Allah..jika Kau TIDAK IZINKAN cintaku untuk jatuh pada hatinya, tidak mengapalah..tapi aku BERHARAP Kau jatuhkanlah hatinya pada insan yang bakal memimpinnya ke SYURGA, pada saat dia betul-betul bersedia..pintaku, janganlah dia DILUKAI LAGI..Untuk CINTA yang TIDAK PERNAH KITA MILIKI, ingatlah bahawa setiap sesuatu yang sangat kita sayang itu, segalanya hanya MILIK Dia..♥
•.♥•❤ Ya Allah, seandainya Engkau catatkan di Luh Mahfuz dia untukku ,satukanlah hatinya dan hatiku atas jalan yg diredhaiMu ❤•.♥•

Maka jika nantinya kita TIADA JODOH, mungkin saya tidak cukup baik untukmu..pasti ada WANITA lain yang LEBIH BAIK untukmu..dan YAKINLAH, jika memang diriku adalah pasangan dari tulang rusukmu, maka tanpa kamu minta untuk tidak BERKENALAN dengan orang lain pun, saya akan TETAP menjadi pendampingmu..kerana saya yakin TULANG RUSUK tidak akan BERTUKAR..

sekuat mana kita setia..Sehebat mana kita merancang..Sejauh mana kita menunggu.. Sekeras mana kita bersabar..Sejujur mana kita menerima..

NAMUN..jika ALLAH tidak menulis JODOH kita bersama, kita tetap TIDAK akan 
bersama..



^^ BERTUNANG ^^




Hukum Bertunang
apakah hikmah bertunang?
adakah bertunang ni ade masa zaman nabi?
jika tidak bertunang,boleh terus nikah ke? ♥♥♥


Diantara hikmah bertunang adalah :- ♥♥♥

a. membolehkan pasangan yang bertunang itu mengenali diantara satu sama lain,
b. ia merupakan cari untuk menilai akhlak, budi pekerti dan minat masing-masing
c. mencari titik-titik persefahaman antara pasangan ♥♥♥

Kesemua ini dilakukan mengikut batasan syara’ yang dibenarkan. Beberapa disiplin yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin semasa pertunangan adalah :- ♥♥♥

Quote:
Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam. ♥♥♥

Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah. ♥♥♥

Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu (semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :- ♥♥♥

a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.
h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul ♥♥♥

ღ CINTA YANG DI CARI PASTI AKAN PERGI..CINTA YG DTG SENDIRI PASTI AKAN KEKAL ABADI.ღ

Kitα berkenαlαn → Allαh yg rαncαng. Kitα rαsα sukα → Allαh yg beri. Kitα bernikah → Allαh yg αtur. Kitα berbαhαgiα → Allαh yg detikkαn ♥.
Isteri -"Abang, abang tak menyesal ke kahwin
dengan saya, saya kan tak cantik..
Abang Kata,abang ada RAHSIA nak bagi tahu kat saya selepas
kahwin? Apa rahsia yang abang nak beritahu tu?
Kita skrang sudah pun di ijab kabulkan?

Suami -"Sayang,...abang kahwin dengan awakbukan sebab awak ni cantik ke, buruk ke, tetapikerana cinta yang ada dalam hati abang.
Abang 
nak bina hubungan yang diredhai ALLAH.Abang
tak nak kita bercintan-cintan sebelum nikah,kelak
Allah tarik nikmat pernikahan itu.. Hehe, sayang
masih ingat ye, hmm.. Malu lah, hehe.. Abang
cuma nak cakap... Sayang, I LOVE YOU LILLAH~
Forever~

Isteri-Subhanallah ^_^ , hehe... I LOVE YOU 2, 3,
4ever abang~ Inilah lafaz cinta dari abang pada
sayang selepas 'aku terima nikahnya' ..

♥ Bernikahlah kerana ALLAH dan semaikan cinta
kerana ingin menyempurnakan kecintaan kita
kepada ALLAH. Ajaklah suami atau isteri anda agar
lebih dekat kepada ALLAH. Agar hubungan yang
dibina itu menjadi lebih barakah dan bahagia
hingga sampai ke Jannah. InsyaALLAH ♥ ♥ ♥