andai lelaki tau...n_n


Andai Lelaki Tahu “CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”
Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. ..
Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
 Andainya lelaki tahu.. Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
 Andainya lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. 
Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda..
 Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai..
 Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
 Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. 
Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
 Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. Andai lelaki tahu.. Apabila perempuan berkata, “Tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Andai lelaki tahu.. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda...

di saat aku merinduimu..



Ketika aku merindukanmu…
Kutuliskan semua rasa yang ada
Ku cuba merungkainya dalam gubahan puisi
Seadanya rasa ini, sedalamnya hatiku
Ketika aku merindukanmu…
Titisan air mata yang berguguran tidak terasa
Dikala tak sedikitpun dapat kutemui adamu
Suaramu yang sering menemani
Ketika aku merindukanmu…
Aku ingin waktu berputar ke masa lalu
Saat dimana aku ada disampingmu
Ketika aku merindukanmu…
Langit yang biru pun terasa kelabu
Panas mentari tak mampu hangatkan jiwaku
Ketika aku merindukanmu…
Semua langkah tanpamu terasa kaku
Hanya kekuatan dan ketabahan mengiringiku
seiring cinta yang gah dihatiku
Ketika aku merindukanmu…
Kutatap langit, agar aku lihat engkau menatapku
Kutatap air, agar aku ingat kenangan bersamamu
Ketika aku merindukanmu…
Hatiku terusik soalan
Adakah dirimu merasai kerinduanku
Ketika aku merindukanmu…
Sehari tanpamu kurasakan bertahun
Banyak ku taburkan mimpi dihatiku
Berharap esok kau berdiri di depan pintu hatiku
Ketika aku merindukanmu…
Kuberikan semua rasa sayang yang tulus untukmu
Ketika aku merindukanmu…
Kusedari tanpamu ku sepi
Ketika aku merindukanmu…
Rindu hanyalah satu-satunya kata di hatiku..

berakhir...



aku redha Ya Allah..

Aku Redha Dengan Perpisahan Ini Ya ALLAH,aku bersyukur diatas perpisahan ini,kerana ku yakin Engkau MAHA MENGETAHUI segalanya,mungkin si dia bukanlah yg terbaik untuk diriku..Ya ALLAH ku berserah segalanya padaMu..

Kurniakanlah kebahagian pada dirinya hadirkan lah insan yang terbaik buat dirinya..MOga dirinya tidak terus hanyut dibuai dunia yang hanya sementara..Ya ALLAH ku tahu ini adalah kafarah segala dosa-dosa yg telah ku lakukn..Mungkin ini adalah balasan yang setimpal harus ku alami..

Aku Redha,aku pasrah jika ini merupakan hukuman dari-MU..Pada-MU ku bermohon..Pada-MU ku berserah..Hadirkanlah kebahagiaan yang abadi,kau bantulah diriku mencari ketenangan disebabkan perpisahan ini..

Kupohonkan petunjuk Illahi..Hadirkanlah insan yang sejati..Menemani kesepian ini..Mendamaikan sekeping hati Ya Allah..Berikanlah daku kekuatan..Hanya cinta-MU yang kuharap..Hanya kasih-MU yang kudamba..

Andai dia..Sang kumbang KAU utuskan buat perantaraan, Aku terima dengan redha, Namun padanya ingin ku berpesan," Maaf jika hati ini tidak sepenuhnya untukmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Maaf jika cinta ini tidak sepenuhnya untukmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Maaf jika masaku tidak sepenuhnya untukmu, Kerna ia adalah milik-Nya, Maaf jika ketaatan ini tidak sepenuhnya milikmu, Kerna ia adalah milik-Nya..

Namun jika insan lain dijadikan perbandingan,Kau tetap akan ku cinta,Hati ku tetap untukmu,Kau tetap akan ku taat,Masaku tetap untukmu,Jika kerna tidak dapat memiliki sepenuhnya,Lantas kau menjauhi,Aku redha,Kerna DIA mengatasi segalanya,"Aku pasrah,Andai ditakdirkan bersendirian sehingga ke akhir hela nafas, Kerna ku yakini,Cintaku pada-Nya adalah cinta azali,Kerna janji-Nya adalah janji yang pasti,Kerna DIA takkan mempersiakan,Kerna DIA takkan mengecewakan,Lantas ku akur,Kubukakan hati,Ku luaskan minda,Ku terima sang hakikat dengan penuh ketenangan..

Sesungguhnya,Perjalanan hidup ini telah tertulis,Rentetan hayat ini telah tersurat Ya Allah..Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian Penentu jodoh pertemuan,Seandai dirinya tercipta untukku,Relaku menjadi miliknya..AMIN..Namun seandainya dirinya bkn tercipta untukku,aku redha.